Saturday 1 September 2012

Cara Mengajar Kucing Untuk Membuang Air di Dalam Tandas

Hi!!!! Selamat petang semua. Entry kali ini Shin akan memberitahu kawan-kawan cara untuk mengajar kucing yang biasanya litter train untuk memjadi toilet train. (tapi bukan potty train yer).
Mengajar kucing untuk memjadi potty train adalah sangat sukar bagi Shin. Mungkin sebab penggunaan bahasa yang berbeza kot. :P 

Apabila kucing pandai menggunakan tandas, ini adalah satu kelebihan kepada si pemilik. Tuan kucing akan lebih jimat yer. Sebab tak payah ler nak beli pasir lagi. Selain itu, kebersihan kucing kita akan lebih terjamin. 
Poo dan pee kucing lebih senang la nak dibersihkan. Penyakit pon boleh dielakkan. ^^,
Bukan itu saje yer pemilik2 kucing2 sekalian, rumah juga akan kurang berbau la... Xder la anda akan rasa segan bila tetamu datang ke rumah. Biasalah. rumah yang memelihara ramai kucing akan mempunyai bau kucing itu sendiri, hehehehehehe


                                                    
ha! kesian kat adik nih!!
okeh, check it out!!

1)  Letakkan litter box di dalam tandas. Jangan lupa masukkan pasir seperti biasa di dalam litter box.
     Ambik kucing anda, dan bagitahu mereka bahawa litter box mereka bukan lagi di tempat biasa. Tapi di   
     dalam tandah. oke meow??? Pantau kucing anda supaya mereka tahu, litter box mereka sudah berubah.
     Biarkan perkara ini selama semingggu.

2) Kurangkan pasir yang diletakkan di dalam litter box. Tabur sedikit pasir di luar litter box.. Hal ini akan 
    mengubah perpepsi kucing anda bahawa dia bukan hanya boleh poo dan pee dalam litter box sahaja.. 
    Kini dia boleh poo dan pee di atas lantai yang berpasir juga. Lakukan hal ini selama seminggu juga.

3) Pada minggu ketiga, jangan masukkan pasir ke dalam litter box. Biarkan litterbox di dalam tandas tanpa
    berpasir. Jangan lupa untuk tabur pasir di luar litter box. Sekarang kucing anda perlu membuat pilihan    
    untuk poo dan pee di dalam litter box yang tiada pasir atau di lantai yang berpasir.

4) Masuk minggu ke 4, anda sudah boleh mengeluarkan litter box dari bilik mandi. Tetapi jangan lupa untuk
    menabur pasir di lantai. Lakukan hal ini selama dua minggu. Tempoh ini mengambil masa yang agak lama 
    untuk  melatih kucing anda supaya poo dan pee di dalam tandas. Selama tempoh 2 minggu tersebut, 
    kurang kan jumlah pasir yang ditaburkan di atas lantai sedikit demi sedikit sehingga kucing anda tidak
    perlu menggunakan pasir lagi!!!.

See??? 

Kepada kawan-kawan semua, semoga berjaya dalam memdidik kucing!

p/s Shin gunakan teknik ni melatih kucing Shin dan hasilnya mmg berjaya.